Sunday, August 29, 2010

Khasiat Telur Separuh Masak..

 
Nak kongsi satu lagi artikel.. Mengenai telur separuh masak...
Telur separuh masak ni baik untuk jantung. Mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad, hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu semua sepanjang hari. Menurut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung... 
 
Kat sini saya nak cerita satu kisah yang tak berapa nak kelakar uummm.... bacalah...
 
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Jenguk sebentar di sini....

Blog ini di reka saja2x untuk mengisi masa lapang... agak2x ada sape2x yang sedang bosan join lah bagi komen ye.. saya amat mengalukan kesudian anda semua... terima kasih atas kelapangan masa anda...