Sunday, September 18, 2011
MaKan2x
Hari raya datang lagi.... hhuurrmm... gambar di atas gambar saya and da geng masak-masak kat rumah.. nampak best kan... simple je... mula-mula ingat tak jadi tapi finally siap jugak lauk... TETAMU?? hhuumm member2x office yang datang... ramai jugak lah.. ni bukan OPEN HOUSE tapi makan2x je.. sempena hari raya kan... lagi pun tahun ni je pun nak buat makan-makan macam ni, tahun depan housemate dah kawen.. tinggallah aku sorang... kene cari house mate yang baru.. hihi... Menu untuk jamuan ni ialah.. nasi impit, tomyam sayur campur, kari ayam, bihun goreng, roti jala yang tak bape nak jadi hihi, ayam masak minang (best) dan jugak kuih2x raya... Semuanya kami sediakan bersama rakan serumah... Majlis berjalan dengan lancar... tak kurang tak lebih... (Alhamdulillah) tenaga kerja untuk sediakan lauk2x ni tak ramai hanya 3 orang rakan serumah masak2x tapi dengan kerja bersama siap tepat pada masanya.. Anyway.. Thanks to all my fwends.... SELAMAT HARI RAYA....
Friday, August 12, 2011
Ramadhan Oh Ramadhan!!
Ramadhan bulan keberkatan teringat aku setahun lepas iaitu puasa tahun lepas aku sedih sebab tak dapat beraya dengan keluarga... Ingat dapat la raya, tapi kerana kemalangan aku hanya dapat meluangkan masa dengan keluarga aku sekejap sahaja.. Tapi kali ini aku akan pastikan aku akan dapat beraya bersungguh2 tanda membalas dendam kerana tak dapat beraya 2 tahun lepas.. hhuumm ape pulak cerita aku untuk aku tahun depan. mungkin aku masih bekerja macam biasa atau mungkin aku dah berkahwin kan... hihi.. x pe x sabar nak raya sakan tahun ni.. macam biasalah keperluan raya yang aku perlukan untuk raya:
- baju raya (OKEH dah siap ngan family nya)
- Kuih raya (dah tempah tapi belum amik lagi)
- Duit raya ( dah mula kumpul sikit2x nak bagi2x kan masa raya) x sabar.. dah siap listkan nama2x sepupu yang akan dapat duit raya.
- Cuti raya(ops lupa pulak aku da apply tapi tak tahu lulus ke tak, Insyaallah)
- Kereta (sebelum raya nak service kete nak jalan2x raya)
Selepas puasa ni akan ada satu lagi benda yang aku tunggu.. Iaitu Harriz. Moga dia selamat dan cepat sembuh..
Friday, June 10, 2011
Sinopsis Novel Kasih Yang Suci
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
kalau sape2x nak layan cerita nih bolehlah baca novel tajuk "kasih yang suci" atau bolehlah baca kat link ni:
Friday, June 3, 2011
Rindu kat Blog..
Lama tak jenguk blog nih.. maklumlah bz sikit dengan macam-macam benda.. dengan kerja dan hal peribadi.. ffuuhh.. buat masa sekarang aku masih tak boleh nak tarik nafas lega panjang lagi sebab masih banyak lagi benda yang aku kene fikirkan dan selesaikan....
KERJA
Alhamdulillah.. rezeki bulan kelahiran aku.. aku sangat gembira.. walaupun tak seperti yang aku harapkan tapi ia sudah memadai dengan ape yang aku dapat.. Pada tarikh 01May2011 seramai lebih kurang 42orang staff telah di naikkan pangkat.. Salah seorangnya aku lah.. Walaupun aku bukannya hebat tapi sekurangnya ini jalan yang di beri dan jugak rezeki.. aku patut terimanya.. Dulu masa mula masuk kerja aku hanya "Reservation Assistance" tapi skung aku dah jadi "Reservation Officer" Okeh lah baru masuk 3 tahun pun.. Biar belajar dari bawah.. hihi.. Biarpun jawatan ini belum berapa tinggi tapi ada kenaikan gaji dan jugak cuti tahunan tjugak tambah.. Yang tak bestnya skung sistem kerja dah tukar... banyak lagi benda kene belajar..
HARI LAHIR
Pada tarikh 20May2011 aku genap umur 24tahun.. Tak sangka tahun nih banyak pulak dapat kek hari lahir.. Mula-mula adik aku bagi nak surprise konon.. ajak aku beli kek pisang last2x haha.. kantoi nak beli kek aku,.. tapi ajak aku.. lalala.. Thanks.. Then kalau tak silap aku hari sabtu malam tu aku kuar makan Chicken Chop kat Jalan Munshi Melaka aku dapat 1 lagi kek kebetulan sama pulak birthday ngan member aku.. hihi.. Kejadia tu berlaku masa aku balik kampung cuti panjang.. Then last sekali pada hari aku sampai kat Subang tu housemate aku pulak buat surprise birthday party kat aku.. huhuhu.. sangat happy...
KAWAN-KAWAN
Mereka semua okeh.. Farah baru je tunang.. 01jun11.. Pelik tapi benar hari rabu.. Nak kawen dah tu bulan 11 nih.. Aku MC masa dia tunang tu.. hihi.. Sama jugak Hanis dia pun ngah sibuk selesaikan majlis perkhawinan dia bulan 12 nih pulak.. Ika, cama biasalah still suka makan2x.. Mumy Chua dia tengah tunggu hari nak ada baby baru. sonoknya.. dia da balik kampung Pahang dah.. tengok perut dia gerak2x masa malam dia tido umah aku.. hihihi... aku pegang perut dia sambil ketawa.. mesti baby tu takut dengar aku ketawa kan.. kikikiki.... Aku ada sowang lagi kawan serumah Bella baru je masuk bulan may hari tu.. Orang Terengganu okeh lah ada jugak kawan yang masih single but not available same macam aku.. hihii.. Pasni kalau Farah ngan Hanis kawen tinggal lah aku ngan Bella.. iisshh... kecian kami....
Saturday, February 12, 2011
Saja-suka2x buang masa... Hilang Tension!!
Semalam macam biasalah kerja... Sepatutnya aku kene OT tapi kan kerana dengan rasa tak larat aku cabut... Cari orang ganti x de orang nak ganti... Sesampainya kat rumah... uumm bestnya!! tenang rasa.. Aku menukar pakaian kerja tadi.. Panas lah pulak!! Penghawa dingin dah di hidupkan... Bermulalah mimpi indah.. uhuk3x! sejuk lah pulak.. Aku dengan rasa malas mematikan suiz penghawa dingin.. uumm... tak lama selepas itu, aku di kejutkan Farah (rakan sebilik) yang setia... dia mengejutkan aku 2 jam selepas aku nyenyak di lamun mimpi.. (x lah sampai mimpi indah) hihi.. di ajak makan aku makan.. keropok lekor.. siap dah di goreng.. Thanks Farah.. Mula2x aku padamkan hasrat untuk keluar memandangkan kasut sukan aku telah di curi oleh satu manusia... Tapi setelah di pujuk rakan yang lain aku bersiap konon2x macam nak jogging tapi saja g wat sibuk.. Hati terasa jeleous lah jugak coz tak dapat join sekali lari... Dekat 3 round dia orang pusing... sekurang-kurangnya leh keluar peluh.. Dengan masalah berat badan yang makin naik..
Hari hampir gelap.. Kami berhenti berehat di kedai makan... Kami hanya minum2x air je.. Yang buat lama tu berbual je lebih... Seronok rasa.. semua orang nak bercakap masa tu... Kalau di pikir sekali lagi bising jugak lah di buat kami... Hasrat aku dan jugak Hanis tertunai akhirnya nak singgah ke Gaint yang berhampiran bukan ape cuma nak beli pewarna rambut.. Farah pun beli jugak.. mereka memilih warna perang.. Memandangkan rambut aku memang dah perang aku mengambil keputusan untuk membeli warna Hitam.. Yang nak shopping orang lain yang sakan membeli si Awe... Dalam syok2x pusing cuci mata kami terpandang satu tempat karoke.. mula2x kami hanya ingin karoke 1/2 jam je tapi last2x mintak tambah lagi setengah jam.. So in total 1 jam jugak lah kami menunjukkan bakat terpendam masing-masing... Fuuuhh seronok.. Hilang rasa tension hari nih...!! Kan best kalau leh macam nih selalu kan.. Setelah kepenatan kami pulang ke rumah.. Dengan tanpa rasa malas kami mandi membersihkan badan.. Rasa lega teramat lah.. hihi.. Operasi di mulakan... Kami mewarnakan rambut.. Farah mewarnakan rambut aku dan Hanis... Aku pulak mewarnakan rambut Farah.. sehingga hampir tertido di buatnya.. dan aku orang pertama yang mencuci rambut... Yes!! jadi jugalah... Aku gembira... Bulan depan aku plan nak highlight kan rambut... Okeh x?? hihihi...
Sunday, January 23, 2011
Bulan Kelahiran anda ialah MEI!
Aku saja try satu aplikasi kat facebook untuk sesiapa yang lahir bulan lima.. Lihatlah hasilnya.. Kebanyakkannya betul kat sini.. Mungkin sesiapa yang lahir pada bulan 5 ni ada satu perangai yang sama kan...? Walau apapun.. setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza... mungkin luaran nampak sama tetapi dalaman dia sahaja yang tahu...
- Keras hati & degil.
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
- Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya ramai anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros
Monday, January 3, 2011
Senyum Untuk Kesihatan Diri
Melemparkan senyuman dengan penuh rasa bahagia di hari pertunangan, pernikahan dan persandingan sememangnya datang dari hati dan jiwa yang begitu ikhlas dan tenang. Dari dalaman, kebahagiaan yang sedang anda rasakan itu terus dilemparkan melalui senyuman yang tidak lekang dari bibir. Bagaimana pula dengan hari- hari biasa? Teruskanlah senyuman ikhlas anda itu kepada pasangan anda, ahli keluarga serta orang sekeliling anda agar hidup ini akan menjadi lebih bahagia buat selama-lamanya.
Beberapa fakta dan sebab mengapa anda perlu ketawa dan ‘tersenyum sentiasa ’:
♥ FAKTA 1:
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman dan dapat merangsang seluruh tubuh
selain mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
♥ FAKTA 2:
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan bahawa senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding ketika mengerutkan dahi.
♥ FAKTA 3:
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
♥ FAKTA 4:
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
♥ FAKTA 5:
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stres iaitu stres yang baik dan yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
♥ FAKTA 6:
Sewaktu kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protin melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
♥ FAKTA 7:
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
♥ FAKTA 8:
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
♥ FAKTA 9:
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
♥ FAKTA 10:
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaik fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya bahawa ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Perkara penting yang perlu diketahui sebelum bertunang
Bertunang bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Walaupun ia sekadar ikatan sebelum diijabkabul, namun banyak perkara yang perlu kita ketahui sebelum merancang untuk mengadakan majlis pertunangan. Tidak kiralah sama ada ia majlis pertunangan secara sederhana seperti kebiasaan yang dilakukan, tetapi ia perlu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jika membuat perancangan yang terperinci, semuanya akan berjalan lancar dan mudah. Anda perlu tahu perisian majlis pertunangan itu sendiri. Bukan main redah sahaja. Orang lain mahu bertunang, anda pun juga mahu bertunang, tetapi apakah yang perlu anda lakukan dan ketahui?
Sepakat
Ini merangkumi semua aspek. Terutamanya kata persetujuan kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Ia penting untuk sepakat mengenai tarikh petunangan yang dipilih, tempat pertunangan yang akan berlangsung agar tidak berlaku kekeliruan nanti. Ia agar semuanya berjalan lancar seperti yang ditetapkan. Jadi tidak ada timbul ragu-ragu atau was-was dengan majlis pertunangan yang akan berlangsung nanti.
1. Tarikh atau masa
Antara perkara yang penting ialah pemilihan tarikh dan masa. Sama ada majlis pertunangan tersebut jatuh pada hari cuti atau tidak. Contohnya bagi pasangan
yang berasal dari pantai timur, cuti mereka jatuh pada hari Jumaat manakala tempat lain jatuh pada hari Ahad. Perlunya perbincangan yang teratur agar tidak berlaku ahli keluarga yang tidak dapat hadir. Termasuk juga masa yang dipilih, sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan sekeliling. Sesetengah tempat memilih waktu pagi, ada juga memilih selepas zohor dan ada juga waktu malam. Namun ia bergantung kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik.
2.Pertemuan ringkas
Sebelum majlis pertunangan, keluarga kedua-dua pihak telah berbincang tentang pertunangan yang hendak diadakan seperti jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Selitkan tema
Tidak salah jika anda memilih untuk mengadakan tema pada majlis pertunangan. Ia mengikut cita rasa anda. Jika anda ingin mencipta kelainan, teruskan dengan niat itu. Ia akan ebih cantik dan meriah. Apapun biarlah majlis pertunangan tersebut tidak terlalu ‘over’.
4. Kos
Walaupun majlis pertunangan anda dirancang sederhana, namun biarlah tidak membazir kepada sesuatu yang tidak penting. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah anda fokuskan kepada cicin, solekan, baju, hiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Semuanya tidak semestinya mahal dan berjenama. Bimbang nanti jika tersalah pelaburan, majlis pertunangan anda jadi kelam kabut dan tidak sempurna. Jadi fikir yang lebih sesuai dan perlu diberi perhatian.
6. Makanan
Ini penting terutama kepada tetamu yang datang dari jauh. Pastikan ada hidangan yang menyelerakan kepada semua. Tidak kiralah secara gotong-royong atau menggunakan khidmat katering. Jika ada bajet lebih, tidak salah menggunakan khidmat katering. Ia lebih mudah dan anda pula tidak kelam-kabut membuat persediaan memasak di rumah.
7. Rakaman
Tidak kiralah gambar atau video, sudah pasti anda ingin menyimpan kenangan majlis pertunangan anda dengan pasangan. Dalam hal ini anda tidak semestinya menggunakan khidmat jurugambar profesional sahaja. Anda boleh juga meminta sanak-saudara atau adik-beradik untuk merakamkan detik manis tersebut. Jika anda menggunakan khidmat mereka, masih ada kenangan yang tersimpan. Namun tidak salah jika anda inginkan sesuatu hasil yang memuaskan untuk album atau video pertunangan anda. Semua pilihan berada di tangan anda.

Cincin Tunang Emas Kuning VS Emas Putih
Barang kemas salah satu pilihan sebagai tanda ikatan pertunangan atau perkahwinan bagi setiap pasangan. Biasanya bagi orang Melayu mereka lebih suka memilih emas kuning berbanding emas putih. Bagi mereka emas kuning lebih terserlah dan semestinya lebih bernilai. Namun tidak dinafikan ia mengikut trend semasa yang kini lebih tertumpu kepada emas putih sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan. Pemilihan cincin emas putih nampak elegan dan lebih kelihatan muda. Pada kebiasaannya emas putih lebih mendapat perhatian dan minat golongan muda yang lebih moden. Namun setiap pemilihan emas tersebut ada lambang yang tersendiri. Tidak kiralah dari segi jenisnya, reka bentuk, harga dan nilai emas tersebut. Jika cincin yang dipilih mewah, ia akan menampakkan gaya eksklusif kepada si pemakainya. Ia bergantung kepada minat individu tersebut sama ada menggemari emas kuning ataupun emas putih. Jika anda masih ragu-ragu sama ada emas putih ataupun kuning, anda perlu memikirkan faktor-faktor di bawah ini.
♥ Ketahanan atau gaya hidup
Pemilihan emas kuning atau putih sama ada lebih sesuai dengan gaya hidup anda atau tidak. Ini termasuklah tugasan anda seharian dan apa rutin harian anda? Mungkin anda seorang yang lasak dan jenis yang ke hulu ke hilir. Bagaimana tahap ketahanan barang kemas yang anda pilih itu? Anda sahaja yang dapat menilainya. Kaji ‘kemesraan’ barang kemas tersebut dengan diri anda.
♥ Kesesuaian jari
Ini juga salah satu cara pemilihan cincin anda. Bukan hanya pemilihan bergantung kepada minat emas kuning atau emas putih. Ia juga bergantung kepada bentuk jari anda pendek atau runcing. Bagi yang jari runcing, mereka bertuah kerana apa-apa sahaja yang disarungkan nampak cantik dan sesuai. Jika pemilihan barang kemas tersebut terlalu besar atau terlalu kecik, ia akan kelihatan janggal dan tidak manis di jari anda nanti. Kadangkala emas putih tidak sesuai disarungkan pada jari yang berkulit terlalu gelap. Begitu juga emas kuning, akan nampak janggal kepada warna kulit yang gelap. Namun semuanya atas kebijaksanaan anda untuk menyesuaikannya.
♥ Alahan atau sensitif
Sesetengah orang sensitif kepada emas putih dan ada juga yang sensitif dengan emas kuning. Perkara ini juga sering dititikberatkan dalam proses memilih emas putih ataupun emas kuning. Agak membimbangkan jika barang kemas yang anda pilih akan memudaratkan kulit anda sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa semasa anda memakainya. Tambahan pula berlaku pembaziran kerana anda tidak boleh menggayakan barang yang sudah anda beli. Pendek kata uji tahap alahan kulit anda. Sama ada emas putih atau emas kuning?
♥ Kos atau kewangan
Sebenarnya tidak ada perbezaan yang banyak antara emas kuning atau emas putih. Ia bergantung kepada saiz, bentuk, permata atau berlian yang bertakhta pada barang kemas tersebut. Dari segi pemilihan ini sudah pasti melibatkan kos sama ada kecil atau besar. Jika kewangan anda kukuh, tidak salah jika anda memilih untuk bergaya mewah sama ada dengan emas kuning atau emas putih. Semuanya bergantung dengan bajet anda. Jangan pula berlaku kesempitan wang gara-gara memilih barang kemas di luar kemampuan anda. Ini juga salah satu perancangan kewangan anda.

Subscribe to:
Comments (Atom)