Friday, June 10, 2011

Sinopsis Novel Kasih Yang Suci

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

kalau sape2x nak layan cerita nih bolehlah baca novel tajuk "kasih yang suci" atau bolehlah baca kat link ni:

Friday, June 3, 2011

Rindu kat Blog..

Lama tak jenguk blog nih.. maklumlah bz sikit dengan macam-macam benda.. dengan kerja dan hal peribadi.. ffuuhh.. buat masa sekarang aku masih tak boleh nak tarik nafas lega panjang lagi sebab masih banyak lagi benda yang aku kene fikirkan dan selesaikan....

KERJA
Alhamdulillah.. rezeki bulan kelahiran aku.. aku sangat gembira.. walaupun tak seperti yang aku harapkan tapi ia sudah memadai dengan ape yang aku dapat.. Pada tarikh 01May2011 seramai lebih kurang 42orang staff telah di naikkan pangkat.. Salah seorangnya aku lah.. Walaupun aku bukannya hebat tapi sekurangnya ini jalan yang di beri dan jugak rezeki.. aku patut terimanya.. Dulu masa mula masuk kerja aku hanya "Reservation Assistance" tapi skung aku dah jadi "Reservation Officer" Okeh lah baru masuk 3 tahun pun.. Biar belajar dari bawah.. hihi.. Biarpun jawatan ini belum berapa tinggi tapi ada kenaikan gaji dan jugak cuti tahunan tjugak tambah.. Yang tak bestnya skung sistem kerja dah tukar... banyak lagi benda kene belajar..

HARI LAHIR
Pada tarikh 20May2011 aku genap umur 24tahun.. Tak sangka tahun nih banyak pulak dapat kek hari lahir.. Mula-mula adik aku bagi nak surprise konon.. ajak aku beli kek pisang last2x haha.. kantoi nak beli kek aku,.. tapi ajak aku.. lalala.. Thanks.. Then kalau tak silap aku hari sabtu malam tu aku kuar makan Chicken Chop kat Jalan Munshi Melaka aku dapat 1 lagi kek kebetulan sama pulak birthday ngan member aku.. hihi.. Kejadia tu berlaku masa aku balik kampung cuti panjang.. Then last sekali pada hari aku sampai kat Subang tu housemate aku pulak buat surprise  birthday party kat aku.. huhuhu.. sangat happy...


KAWAN-KAWAN
Mereka semua okeh.. Farah baru je tunang.. 01jun11.. Pelik tapi benar hari rabu.. Nak kawen dah tu bulan 11 nih.. Aku MC masa dia tunang tu.. hihi.. Sama jugak Hanis dia pun ngah sibuk selesaikan majlis perkhawinan dia bulan 12 nih pulak.. Ika, cama biasalah still suka makan2x.. Mumy Chua dia tengah tunggu hari nak ada baby baru. sonoknya.. dia da balik kampung Pahang dah.. tengok perut dia gerak2x masa malam dia tido umah aku.. hihihi... aku pegang perut dia sambil ketawa.. mesti baby tu takut dengar aku ketawa kan.. kikikiki.... Aku ada sowang lagi kawan serumah Bella baru je masuk bulan may hari tu.. Orang Terengganu okeh lah ada jugak kawan yang masih single but not available same macam aku.. hihii.. Pasni kalau Farah ngan Hanis kawen tinggal lah aku ngan Bella.. iisshh... kecian kami....