Sunday, September 18, 2011

MaKan2x


Hari raya datang lagi.... hhuurrmm... gambar di atas gambar saya and da geng masak-masak kat rumah.. nampak best kan... simple je... mula-mula ingat tak jadi tapi finally siap jugak lauk... TETAMU?? hhuumm member2x office yang datang... ramai jugak lah.. ni bukan OPEN HOUSE tapi makan2x je.. sempena hari raya kan... lagi pun tahun ni je pun nak buat makan-makan macam ni, tahun depan housemate dah kawen.. tinggallah aku sorang... kene cari house mate yang baru.. hihi... Menu untuk jamuan ni ialah.. nasi impit, tomyam sayur campur, kari ayam, bihun goreng, roti jala yang tak bape nak jadi hihi, ayam masak minang (best) dan jugak kuih2x raya... Semuanya kami sediakan bersama rakan serumah... Majlis berjalan dengan lancar... tak kurang tak lebih... (Alhamdulillah) tenaga kerja untuk sediakan lauk2x ni tak ramai hanya 3 orang rakan serumah masak2x tapi dengan kerja bersama siap tepat pada masanya.. Anyway.. Thanks to all my fwends.... SELAMAT HARI RAYA....

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Oh Ramadhan!!

                 Ramadhan bulan keberkatan teringat aku setahun lepas iaitu puasa tahun lepas aku sedih sebab tak dapat beraya  dengan keluarga... Ingat dapat la raya, tapi kerana kemalangan aku hanya dapat meluangkan masa dengan keluarga aku sekejap sahaja.. Tapi kali ini aku akan pastikan aku akan dapat beraya bersungguh2 tanda membalas dendam kerana tak dapat beraya 2 tahun lepas.. hhuumm ape pulak cerita aku untuk aku tahun depan. mungkin aku masih bekerja macam biasa atau mungkin aku dah berkahwin kan... hihi.. x pe x sabar nak raya sakan tahun ni.. macam biasalah keperluan raya yang aku perlukan untuk raya:


  1. baju raya (OKEH dah siap ngan family nya)
  2. Kuih raya (dah tempah tapi belum amik lagi)
  3. Duit raya ( dah mula kumpul sikit2x nak bagi2x kan masa raya) x sabar.. dah siap listkan nama2x sepupu yang akan dapat duit raya.
  4. Cuti raya(ops lupa pulak aku da apply tapi tak tahu lulus ke tak, Insyaallah)
  5. Kereta (sebelum raya nak service kete nak jalan2x raya)
Selepas puasa ni akan ada satu lagi benda yang aku tunggu.. Iaitu Harriz. Moga dia selamat dan cepat sembuh..